Struktur sosial Kambing_liar

Kambing di alam liar hidup secara berkawanan sebanyak 500 ekor; yang jantan hidup seekor-seekor. Kambing liar betina melalui haid yang bergelar estrus apabila sedia untuk membiak. Kambing jantan dan betina sama-sama mengalami suatu ketika dalam kitaran pembiakan iaitu masuk mengawan, di mana kambing jantan tua mengusir kambing jantan muda dari kawanan keibuan. Tempoh kebuntingan purata adalah 170 hari. Kambing betina biasanya melahirkan seekor anak. Anak boleh mengikut langkah ibu sejurus selepas lahir. Anak kambing bercerai susu selepas 6 bulan. Kambing betina mencapai kematangan seksual pada umur 1½–2½ tahun, sementara yang jantan pula pada 3½–4 tahun. Jangka hayat kambing adalah dari 12 ke 22 tahun.